
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.
LAPORAN LANGSUNG
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan. Continue reading

IPOH: Bapa kepada mahasiswa yang ditampar oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak (HEP) Mesir tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang atas kejadian tesebut. Ahmad Po’aad berkata, insiden tersebut sangat serius kerana ianya melibatkan soal maruah keluarga beliau.

